KAMARUL-The New Chapter
January 4th, 2007 by kamey26"Adakalanya,harapan tiba tika mimpi merangkak pergi".
2006 telah pun berlalu pergi.Pergi dengan segala kenangan.Manis dan pahit.segalanya bercampur aduk menjadi rencah mewarnai setiap detik dan waktu.Bagi ku, 2006 adalah sama seperti tahun sebelumnya.Hanya di bezakan dek azam dan cita-cita yang tak pernah kesampaian.2006, adalah tahun yang pedih dan menghibakan.Sekali lagi aku gagal dalam soal hati.Entah berapa kali aku mengalami kelukaan.Tapi kelukaan yang aku alami tidaklah separah seperti sebelum-sebelumnya.Menyalahkan takdir adalah satu perkara yang paling bodoh untuk dilakukan.Seperti kata temanku,Kita ditakdirkan untuk berjalan, melangkah serta berdepan dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. kita harus menerimanya.Apa yang terbeban di bahu aku adalah merupakan kesalahan diri sendiri.Dungu dalam soal hati.Mungkin juga inilah ujianNYA kepada aku.Inilah kesedihan yang aku hadapi di penghujung 2006.Syukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan teman-teman yang setia dan sentiasa berada di sisi.mendengar segala-galanya.Terima kasih aku ucapkan.Namun disebalik cerita duka tersebut, ada berita gembira yang aku terima.Akhirnya aku berjaya mendapat kerjaya yang tetap.Inilah yang membuatkan aku gembira.sedikit sebanyak mengubat rasa sedih.Akhirnya cita-cita untuk bergelar penulis dan pembikin filem kian terbuka luas.Firdaus Maju Sdn.Bhd. menjadi tapak untuk aku merealisasi cita-cita dan harapan murni ini.Meskipun, aku hanya menjadi Penyelidik sahaja, tetapi aku yakin bahawa peluang tetap ada.Aku meletakkan sasaran bahawa dalam masa 3 tahun dari sekarang aku akan dapat merealisasikan impian tersebut.Oleh itu, aku terpaksa bekerja keras.Memaksimumkan tenaga yang ada ke arah cita-cita.Ribuan maaf buat teman-temanku, kerana jarang ada masa untuk bersama-sama seperti dahulu.Tapi ini adalah peluang yang terhidang di depan mata.aku harus mengambilnya. menggapai peluang yang ada.
Buat mereka yang sering mengatakan aku tidak pernah ada keyakinan diri, kalian silap.Sifat tidak mengalah, percaya kepada keupayaan diri,percaya dan yakin dengan pertolongan Allah S.W.T. telah banyak menolong aku.Buat mereka yang memandang rendah kepada diri ini,bukalah mata kalian kerana gagal bukanlah penghujung segalanya.
Andy Brodick aktor yang memenangi Oscar award adalah seorang yang kurus melidi dan berhidung panjang. Menangi anugerah tersebut melalui Filem The Pianist.
Gordon Banks, Penjaga gol Pasukan England beraksi pada piala dunia 1970 adalah seorang bermata juling.muncul lagenda pasukan England selepas Peter Shilton.
Alexander the Great, seorang Penakluk yang Agung dalam sejarah dunia adalah seorang yang bongkok.Empayarnya meliputi timur dan barat.
Kesemua mereka adalah insan yang terpahat dalam sejarah kerana kegagalan,keazaman mereka mengejar impian yang satu.
Buat teman-teman ku,aku berharap agar kalian tidak patah semangat mengejar cita-cita.Aku akan sentiasa bersama-sama di sisi untuk menolong dan bersama-sama dalam segalanya.
Buat mereka-mereka yang pernah aku minat atau cintai, semoga berbahagia dengan pasangan masing-masing.semoga percintaan kalian mendapat restu dariNYA.Semoga berbahagia sampai anak cucu.Kita tetap akan menjadi teman dan kawan buat selamanya.
"SELAMAT DATANG 2007"