Archive for October, 2006

8 RAHSIA KARUT LELAKI YANG PEREMPUAN KENA TAU.

Tuesday, October 3rd, 2006

1.lelaki tidak detail dlm percakapan

COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s his
commEnt dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne…"
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk
untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh
mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki
rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi

C
Ontoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut
pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang
Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu
utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa
macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai
alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih
menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka
secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.

Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero muncul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal
praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak
mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu
pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memoTong:"pegi makan jom!dah lapar nie…"
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka
bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak
digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan
seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan
mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak
reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau."
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari
hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan
kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak
perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.Harap maklum.

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!
Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian
kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang
menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu
berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar
kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu
yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego
mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.

COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika
memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:"I
tak suka ahh!! tukar lain..!"Bengang kan…?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau
buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang
lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata
lelaki-lelaki lain…

# SEMUA DI ATAS HANYALAH RAMALAN YANG DI BUAT TANPA KAJIAN.SO, TERPULANGLAH NAK PERCAYA ATAU TAK.

# DI AMBIL DARI INTERNET.

PLF Yang hangat

Monday, October 2nd, 2006

Hari ini genaplah 9 bulan aku berada di Perdana Leadership Foundation.Alhamdulilah.Berkat kesabaran dan kecekalan aku berjaya lagi untuk berada di PLF ni.Banyak pengalaman yang aku kutip selama berada di sini.Tidak kira lah manis atau pahit semua itu asam dalam kehidupan.Tangga-tangga untuk menuju kedewasaan dalam hidup.Aku berterima kasih untuk pengalaman ini.Cuma aku tidak tahu adakah aku akan berada dalam keluarga PLF (Librarian) lagi?Semuanya akan terjawab selepas E’idul Fitri nanti.Sebagai seorang lelaki, aku harus bergerak ke depan.Merencana hidup yang  singkat ini.Mungkin juga menongkah arus untuk terus hidup di kalangan yang lain.Aku telah berkira-kira untuk terjun ke dalam dunia penulisan skrip drama dan filem.Buat masa ini,aku masih lagi belajar membina keyakinan diri.Segalanya perlukan pengorbanan.Aku sedar ia bukanlah mudah seperti yang disangka.Tetapi jika memiliki keazaman dan semangat yang kuat,semua kepayahan dapat diharungi.Aku cuma berharap lorong dan jalan yang aku pilih ini akan terus memberikan cahayanya. Menerangi segala kepayahan yang bakal ditempuhi.Semoga Allah merestui Jalan ini.
Gagal yang sebenar adalah Gagal ketika menghadapai saat kegagalan
-HAMKA