PLF Yang hangat

Hari ini genaplah 9 bulan aku berada di Perdana Leadership Foundation.Alhamdulilah.Berkat kesabaran dan kecekalan aku berjaya lagi untuk berada di PLF ni.Banyak pengalaman yang aku kutip selama berada di sini.Tidak kira lah manis atau pahit semua itu asam dalam kehidupan.Tangga-tangga untuk menuju kedewasaan dalam hidup.Aku berterima kasih untuk pengalaman ini.Cuma aku tidak tahu adakah aku akan berada dalam keluarga PLF (Librarian) lagi?Semuanya akan terjawab selepas E’idul Fitri nanti.Sebagai seorang lelaki, aku harus bergerak ke depan.Merencana hidup yang  singkat ini.Mungkin juga menongkah arus untuk terus hidup di kalangan yang lain.Aku telah berkira-kira untuk terjun ke dalam dunia penulisan skrip drama dan filem.Buat masa ini,aku masih lagi belajar membina keyakinan diri.Segalanya perlukan pengorbanan.Aku sedar ia bukanlah mudah seperti yang disangka.Tetapi jika memiliki keazaman dan semangat yang kuat,semua kepayahan dapat diharungi.Aku cuma berharap lorong dan jalan yang aku pilih ini akan terus memberikan cahayanya. Menerangi segala kepayahan yang bakal ditempuhi.Semoga Allah merestui Jalan ini.
Gagal yang sebenar adalah Gagal ketika menghadapai saat kegagalan
-HAMKA

8 Responses to “PLF Yang hangat”

  1. Hazlin Says:

    Semoga Berjaya dalam setiap langkah yang diambil…jgn pandang ke belakang dalam setiap keputusan yang telah di buat..hadapi dengan semanagt dan keyakinan..kejayaan pasti terhasil setelah puas berusaha tanpa jemu…

  2. -AMieN- Says:

    salam.
    ya, betul tu wahai sahabatku. walaupun banyak onak duri yang terpaksa ditempuhi, kehidupan harus diteruskan untuk mencari sesuap nasik dan semangkuk cornflake.walaupun sukar, yang penting usaha untuk berjaya tu kena ada..selamat berjaya..belia benci dadah!!!

  3. n-Da Says:

    hye new fren…
    bila dah b’ganjak sebegitu jauh…jangan lagi berpatah untuk balik, yg berlalu hanyalah kenangan, tapi yg di hadapan adalah impian, adalah matlamat. lorong yg kan dilalui pastikan bercahaya andai kita yg bekal lampu bersama… so all the best ya…

  4. KAMARULZAMAN Says:

    Terharu aku.Itu memang impian aku sejak kecik lagi.Tima kasih pada yang memberi sokongan.Amboi n-da,komen yang kelaka2 pulak.neway thanks.

  5. kamal Says:

    Semoga berjaya dlm segala lapangan yg dipilih.Yang penting ada minat disertakan usaha keras berpandukan perancangan yg rapi…

  6. dYg Says:

    1. belia benci dadah
    2. katakan tak nak pada rokok
    3. hidup sihat masyarakat bahagia =)
    4. maaf kalau terase pedas
    5. buang yg keruh, amik yg jernih.
    6. minta diri =)
    hehehehe….

  7. KAMARULZAMAN Says:

    x rasa apa pun..taula nasib dayang nanti..macam timun la nanti.

  8. dYg Says:

    hehehe..marah ke? kang kene jual… ;)

Leave a Reply